Archive for January, 2010


Dalam kita berblogging, kita seharusnya melihat keadaan sekeliling blog kita. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengesan dan memahami kehendak sebenar pembaca/pengunjung blog kita sendiri.

Dalam erti kata lain apabila kita sedar yang blog kita sudah mendapat perhatian (tidak kiralah walaupun perhatian itu sedikit jumlahnya), kita tidak boleh lagi berblogging secara syok sendiri. Ada perkara yang perlu difokuskan iaitu menaiktaraf tulisan blog kita itu di mata pengunjung/pembaca.

Jadi apakah yang harus di lakukan?
Mudah sahaja.

(more…)


Sebagai seorang pelajar yang menuntut di dalam bidang pendidikan, kita seharusnya mempelajari lebih dari apa yang sepatutnya. Hal ini adalah supaya apabila kita ditanya oleh anak murid tidaklah kita ternganga. 🙂

Bukan apa, kita lihat sahaja di dada-dada akhbar anak-anak sekarang tidak semacam dulu. Kalau dulu kita tengok budak darjah satu tahun 80an – 90an, ibu terpaksa tunggu anak duduk di dalam kelas sekali dengan anak. Paling tidak pun berdiri diluar kelas. Hehehe.

Tapi sekarang,  zaman dah berubah. Anak siap tanya “Mak bila nak balik?” . What do you think??

Hehehe. So as expected, student sekarang dah tak macam dulu. Mereka lebih educated daripada pelajar zaman dulu.

Jadi jangan terperanjat kalau mereka yang mengajar guru.

(Jadilah guru yang dihormati, bukan guru yang ditakuti)

-redfar-

First time Blogging?!

Posted: January 10, 2010 in Blog

Kenapa perlu berblog?? Adakah sekadar ingin meluahkan perasaan? Atau saja-saja takde kerja? Atau ingin menambah pendapatan?

Hehehe. Ramai yang membuat blog hanya ingin menambah pendapatan. Adakah mereka semua berjaya?

Sebelum berblog kita harus tahu nich market kita. Apakah sasaran pasaran kita? Apakah yang ingin kita pasarkan? Banyak yang perlu dipelajari sebelum kita membuat keputusan untuk menjual di dalam blog.

Nampak tak? Bukan senang nak senang, tapi sebenarnya di mana ada usaha di situ ada jalan. Betul tak?

Mungkin post yang pertama perlu macam ni kot. Hehehe.