8 perkara yang membuatkan pengunjung/pembaca blog merasa boring dengan tulisan kamu.

Posted: January 16, 2010 in Blog
Tags: ,

Dalam kita berblogging, kita seharusnya melihat keadaan sekeliling blog kita. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengesan dan memahami kehendak sebenar pembaca/pengunjung blog kita sendiri.

Dalam erti kata lain apabila kita sedar yang blog kita sudah mendapat perhatian (tidak kiralah walaupun perhatian itu sedikit jumlahnya), kita tidak boleh lagi berblogging secara syok sendiri. Ada perkara yang perlu difokuskan iaitu menaiktaraf tulisan blog kita itu di mata pengunjung/pembaca.

Jadi apakah yang harus di lakukan?
Mudah sahaja.

Kita seharusnya membuat eksperimen. Hanya dengan cara ini sahajalah pembaca/pengunjung kita akan kembali lagi. Jika ianya tidak dititiberatkan, pasti pembaca akan boring. Sekiranya ini berlaku, tanggunglah sendiri.

1. Jangan sesekali membuat pengunjung membaca artikel kamu yang sudah basi isunya.
– Blogger adalah seorang yang kreatif. Walaupun sesebuah cerita itu sudah basi tetapi cubalah garapnya dengan unsur yang lain.

2. Jangan hanya menerbitkan artikel hanya dengan tujuan untuk MENJUAL.
– Orang tidak akan membeli jika kamu hendak menjual. Untuk mengesyorkan sesebuah produk, itu boleh. Tapi masalahnya kalau setiap artikel itu berbaur menjual, kirim salam sahajalah… pastinya pembaca kamu akan boring.

3. Jangan menulis seolah-olah kamu seorang HAKIM.
– Memanglah itu blog kamu. Tapi janganlah suka-suki menghakimi seseorang. Selalunya blog politik memang mengalami sindrom sebegini. Dia punya assumption ataupun andaian, mak datuk… faham-faham sudah.

4. Jangan menulis jika blog kamu kelihatan seperti “Iklaneka di Berita Harian”.
– Iklan yang teramatlah “meriah” memang membuatkan pembaca/pengunjung kamu boring. Bukanlah di sebabkan iklan yang banyak tu… tapi kesan dari iklan yang ada. Mana tidaknya, nak tunggu full loading… pheeww…berjam-jam. Itu belum di campur dengan “kelajuan internet di Malaysia yang amatlah laju”… kan? kan? kan? kan? kan?

5. Jangan menulis semata-mata untuk menunjukkan yang kamu itu “melampau” baik orangnya.
– Hendak menulis perkara yang baik memang boleh. Hendak menunjukkan yang kamu itu baik pun boleh… tiada masalah sebenarnya.

Tapi janganlah selalu menulis semata-mata untuk menunjukkan kamu itu betul. Habis kamu canang satu Malaysia mengenai diri kamu yang bagus itu.

Perlu diingat bahawa masalah akan timbul kerana tiba satu masa nanti, kamu tidak sedar yang kamu telah menjadi seorang yang hipokrit. Apabila ini terjadi, memang confirm pembaca kamu akan boring. Tidak syak lagi!

6. Jangan menulis artikel yang terlalu panjang sampai pembaca kamu mendapat migrain.
– Maksudnya di sini jika kamu sendiri tidak yakin dengan tulisan kamu yang panjang berjela itu, maka janganlah lakukan. Nanti bukan sahaja kamu penat, pembaca kamu juga tidak akan singgah lagi ke blog kamu.

Tulisan yang panjang mempunyai “tanggungjawab” yang berat. Kamu perlu memastikan pembaca kamu seronok dari mula sehinggalah ayat yang terakhir. Terdapat teknik-teknik tertentu untuk memastikan pembaca kamu “khayal” dengan apa yang kamu tuliskan (topik ini mungkin akan di kongsi pada entri yang lain)

7. Janganlah kamu menulis dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
– Ini jangan di bawa main. Aku sendiri pernah mengalaminya dan akhirnya pembaca blog ini tidak memberikan respons yang baik pada artikel tersebut. Walabagaimanapun, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku ini masih lagi di peringkat belajar.

8. Jangan “menyuruh” pembaca mengikut kehendak kamu sendiri.
– Pembaca bukanlah pekerja kamu. Ini adalah kerana bukan semua yang kita mahu boleh mendapat reaksi positif dari mereka.

p/s: sumber dari http://www.rohaizad.com/

Advertisements
Comments
  1. amira says:

    wah,tips y sgt berguna utk berbloging..thanks =)

  2. terima kasih atas tips yg bagus ni 🙂 rasanya mash byk yg perlu di perbaki dlm blog cahaya cinta heee

  3. rashid says:

    Blogger memang patut peka tentang hal ni…patutlah macam pernah baca…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s