Setiap kita pasti ingin berjaya dalam sesuatu yang kita inginkan. Kita mungkin inginkan keluarga yang bahagia, kewangan yang stabil ataupun kerjaya yang baik. Itu ialah matlamat kita dan kita pasti mahu melihat ianya berhasil. Itulah yang dinamakan kejayaan, iaitu mampu merealisasikan impian.

Namun, semakin kita ingin berjaya semakin banyak juga ‘musuh’ yang mahu membuatkan kita gagal. Godaan dan cabaran akan datang tanpa henti, membuatkan kita kadang – kadang hilang sabar dan mengundur diri tanpa mencapai apa yang kita inginkan. Dalam hal ini, ‘musuh’ telah mengalahkan kita

Siapakah ‘musuh‘ yang begitu tega dan sampai hati membunuh kejayaan kita? Apakah yang terlintas di fikiran anda sekarang? Adakah jiran anda, saudara mara anda, rakan anda ataupun orang disekeliling yang membenci anda?

Jika anda beranggapan sedemikian, anda sebenarnya hanya memberi alasan untuk menghiburkan hati yang kecewa kerana gagal. Musuh sebenar untuk kejayaan anda ialah “SIKAP” anda sendiri!

Mengarutlah!..itu mungkin pandangan peribadi anda, tetapi biarlah saya jelaskan dengan sebaiknya kenapa sikap kita sering menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Bukan menyalahkan diri sendiri, tetapi cuba memperbaiki diri sendiri…itu prinsip yang kita perlu tanamkan.

Salah satu sikap kita yang sering menjadi musuh kepada kejayaan kita sendiri ialah :-

1) Sikap berlengah – lengah.

Perkara yang harus kita lakukan segera kita lengahkan. Saya ambil contoh, ketika saya mahu menulis artikel ini
sikap berlengah saya mengatakan bahawa artikel ini boleh ditulis esok atau lusa, tak semestinya sekarang. Apa akan terjadi, kalau saya ikut sikap berlengah saya itu…belum tentu lagi artikel ini tertulis kerana sikap berlengah saya pula pasti mengatakan tunggu minggu depan lagi dan seterusnya.

2) Sikap tidak yakin diri.

Anda ingin berjaya, tetapi tidak yakin untuk berjayabelum mencuba dah menyerah kalah. Ini pernah terjadi pada diri saya, dimana saya tidak yakin untuk menceburi perniagaan internet ini walaupun saya tahu saya boleh memperbaiki tahap kewangan saya melaluinya. Tapi syukur, saya dapat atasi sikap ini… hari ini, saya menulis kepada anda kerana saya telahpun berjaya menjadi seorang usahawan internet (Julius Salok Kassy). Mungkin lepas ni saya akan jadi macam dia.. Hehe..

3) Sikap sambil lewa.

Anda tahu peluang untuk berjaya berada didepan mata, namun anda masih lagi ‘rilek – rilek’ dan buat tak kisah sehinggalah peluang tersebut hilang. Itu sudah terlambat, kerana tiada jaminan peluang yang baik sentiasa datang. Jadi, ambil serius setiap peluang baik yang muncul dan ambil tindakan segera.

4) Sikap meminta simpati.

Anda sering mengharapkan orang lain untuk membantu anda berjaya, namun anda tak pernah berusaha sendiri. Sikap inilah kadang kala menyebabkan timbul rasa tidak puas hati terhadap ebook – ebook panduan dengan mendakwa ebook tersebut tidak berkualiti. Soalnya… sudahkah anda berusaha mempraktikkan apa yang ditunjukkan?

5) Sikap tunggu dan lihat.

Tidak ada kejayaan yang datang mendadak tanpa diusahakan. Setiap hari anda melihat orang lain berjaya dan berharap
anda juga boleh berjaya seperti mereka…itu mustahil, jika anda berterusan melihat kejyaan mereka sahaja tanpa melakukan apa – apa. Sebaliknya, ikutlah jejak langkah kejayaan mereka dan berusahalah bersungguh – sungguh.
Ada banyak lagi sikap negatif yang ada pada diri kita tanpa kita sedari telahpun menjadi musuh kepada kejayaan kita. 5 sikap diatas merupakan sebahagian sahaja namun jika kita mampu mengubah sikap
tersebut sekurang – kurangnya kita telah menuju ke arah kejayaan sebagaimana yang kita inginkan.

Tujuan artikel ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya seorang yang sangat sempurna tetapi ia bertujuan mengingatkan saya sendiri juga agar tidak lalai, dan secara umumnya agar kita semua turut
berjaya dalam apa jua yang kita impikan.

Untuk berjaya, ubahlah sikap. Bersikaplah seperti orang yang berjaya untuk berjaya.

SHARING IS CARING

=====================================================================

Julius Salok Kassy merupakan seorang usahawan internet yang telah berkecimpung semenjak 2008 lagi dan menghasilkan beberapa produk yang telah membantu ramai usahawan tempatan. Antara produk beliau
yang telah membantu usahawan tempatan ialah ebook Rahsia Pemasaran JV dan Pakej Mini PLR. Beliau juga turut aktif berkongsikan info dan ilmu melalui blog beliau, www.produkplr.com/blog.

Advertisements
Comments
  1. semua sikap tu semamangnya musuh dalam selimut kita tidur kan..kui..kui..kui..

    camna sekalipun kita kena tega utk melawannya. sekiranya kit ammapu melawannya ia bermakna kita sebenarnya mmpu utk berdya saing utk lebih maju ke hadapan.. hehee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s