Pada post kali ni saya ingin bercerita sedikit tentang program affliliate. Mungkin ramai yang tahu dan ada juga yang
tidak tahu apa itu affiliate. Secara mudahnya affiliate adalah cara paling senang untuk kita menjana pendapatan
di internet. Kita tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit dari poket kita. Hehe (Biar betul??)
Ok, sila lihat di bawah.

Affiliate terbahagi tiga (3) iaitu :

1. Pay Per Lead (PPL)

2. Pay Per Sale (PPS)

3. Pay Per Click (PPC)

1. Pay Per Lead (PPL)

  • Affiliate PPL ini dianjurkan oleh tuan punya (owner) web dengan menawarkan ebook/manual percuma kepada downloader/subscriber. Sebagai balasan ebook free yang diberikan, anda memberikan email anda kepada ownernya
  • Selepas anda mengisi nama dan email untuk mendownload ebook tersebut, anda akan terima email dari penganjur yang menghantar link download ebook dan juga link pendaftaran affiliate. Selepas mendaftar affiliate, anda akan menerima link affiliate/laman web anda sendiri dan boleh gunakan link tersebut untuk membuat promosi.
  • Dan jika anda menyebarkan/mempromosikan pula ebook free itu pula selepas mendaftar sebagai affiliate, komisyen akan dibayar berdasarkan setiap orang yang download dari link anda. Jika komisyen 30 sen, jika 10 orang download dari link affiliate anda, RM3 la komisyen yang akan anda perolehi.
  • Anda boleh ‘login’ ke ruangan affiliate yang anda daftar itu untuk menyemak/melihat jumlah komsiyen yang anda perolehi, jumlah klik, jumlah download dan juga boleh melihat agen – agen affiliate lain yang berada dikedudukan Top 5 atau Top 10 (biasanya otai – otai affiliate yang berada dikedudukan ini).

2. Pay Per Sale (PPS)

  • Affiliate PPS ini sama seperti Affiliate PPL. Owner menjual ebook atau barangan di dalam webnya. Tugas affiliate adalah memasarkan barangan yang dijual.
  • Adakalanya affiliate perlu membeli barangan yang hendak dipromosi itu dahulu sebelum dapat mempromosikan barangan tersebut dan ada juga yang boleh dipromosi tanpa ahli affiliate membeli barangan owner tersebut.
  • Komisen pula akan diberikan mengikut jualan yang dapat dibuat. Contohnya sekiranya harga barangan tersebut RM5o, owner akan memberikan separuh harga kepada affiliatenya sebagai komisen. Kadang2 ada juga yang memberikan sehingga lebih dari itu.
  • Itu belum tambah hadiah bagi yang mendapat sale tertinggi. Huhuhu.

3. Pay Per Click

  • Bagi affiliate PPC ni pula adalah paling mudah untuk mendapatkan komisen. Tapi kena pandai main ayat lar. Hehehe. Anda boleh mendaftar secara percuma atau yang berbayar mengikut sesuatu program.
  • Affiliate perlu memastikan refferal akan membuka web/link yang diberi. Setiap klik yang diperolehi kiraan komisen akan berlaku. kadang2 klik perlu unik, payah juga nak dapat klik yang unik.
  • Komisen yang diperoleh kebiasaanya lebih kurang RM0.20 bagi setiap klik.
Untuk berjaya dalam program affiliate ini anda haruslah sentiasa memperkuatkan diri anda dengan selalu mempromosi barangan tersebut. Sekiranya tiada promosi, maka tiada siapa tahu mengenai barangan tersebut. Betul tak?

Antara program affiliate yang saya masuk adalah

*    Bisnes Pelajar Asrama (PPL)
*    Rahsia Affiliate (PPL)
*    Belajar Bisnes Internet (PPL)
*    Kuasa Pemasaran Emel (PPS)
*    Aku Seorang Blogger (PPS)
*    Kuasa Minda (PPS)
*    Youthsays (PPC)

Semua yang saya masuk ni PERCUMA!!! Hehehe. Mudah je sebenarnya nak buat duit diinternet. Kalau nak tahu boleh Belajar Bisnes Internet secara PERCUMA dengan Raja Kamil. Hehehe.

SHARING IS CARING

p/s : Kalau dah percuma jangan fikir banyak. Ambil je dahulu.

Advertisements
Comments
  1. betul tu kawan..kena rajin..klu add rzki dapt skit jadilah..sapa nak bagi yer tak.. 🙂

  2. Thoha says:

    jom pakat2 kita join affiliate..mudah dan percuma..hehe

  3. Wahh betul la.. hehe.. best bro.. 😉
    PPS PPL PPC mmg patut sume try.. =)
    nice sharing..

  4. azri says:

    bro, nk ta nye sket ni pasal, kitbiasiswa bole reply kt emel x..

  5. Salam, best…info menarik…senang nak faham. Point dia senang nak ingat….apa itu PPL, PPS, PPC dsbg. Thanks haritu lawat blog saya….

  6. ina says:

    macam mana duit tu dihantar?contohnya klau kita join youthsays

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s