Hari Pertama Semester 2…

Posted: July 5, 2010 in bisnes, Blog, motivasi
Tags: , , , , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin post kali ni nampak lain sikit dari post-post sebelum ni yang memang lain sangat. Hehe. Untuk post kali ini saya hendak cerita sedikit kemasukan saya ke semester baru ni (semester 2). Hehe.

Firstly macam biasa lar kalau mula nak sambung belajar balik memang malas kalau dah cuti panjang gila. 2 bulan kot. Hehe. Pagi-pagi gosok gigi, g mandi. Seperti kebiasaannya, mesej member dulu ada kelas ke? Hehe. Gile kan? Jangan tiru saya yer. Baru nak mesej member tanya ada kelas ke x? Huhuhu. Dia reply ada kelas pagi pukul 8.30.. Pergilah ke kelas melalui jalan baru Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) rasenya kalau xsilap.

Seperti biasa perkenalkan diri dan seterusnya habis. Cerita pun habis. Hehe. Tu je ker? Bukan lar, sebenarnya saya hendak cerita hari pertama ini saya ada beli 3 buah buku. Belum habis baca pun. Hehe. Saja nak sharing dengan member kawan-kawan. Kui3.

Semua buku yang saya beli adalah keluaran PTS. Rasanya ada kat laman web PTS. Banyak buku yang best-best keluaran PTS ni. Tak tahu apa penangannya sampai saya beli 3 buah. Kui3.

Buku yang pertama adalah buku “Persembahan Hebat Dengan Power Point“. Saya baru baca setengah buku ini. Tapi memang best. Esok sambung balik sebab input tak boleh masuk banyak dalam satu-satu masa. Hehe.  Tapi buku ni memang best. Sesuai untuk saya yang akan mengajar di sekolah. InsyaAllah.

Di bawah adalah gambar muka depan kulit buku tersebut.

Tengok siapa penulisnya. Ehem2. Rakan sekolah saya dulu. Syahrul Nizam Junaini. Seorang pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seorang yang memang berpengaruh. Rasanya beliau ada keluarkan satu lagi buku yang bertajuk “Ilmu Pengaruh, Bukan Jampi Tetapi Seni”. Kalau hendak beli add lar dia kat facebook. Hehe. Taip lar nama dia tu, ada lar keluar nanti.

Saya beli buku ini pun untuk praktis semasa sesi pembentangan di dalam kelas. Biasa lah orang belum hebat kena banyak belajar. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. Betul ker? Dalam buku ini ada banyak menerangkan penggunaan gambar, tulisan yang sesuai untuk pembentangan. Dan..

Yang bestnya buku ini adalah ada juga tajuk di dalamnya Persembahan hebat tanpa Power Point. Saya tak boleh cerita kat sini sebab tak baca lagi. Tajuk tu kat bahagian last-last. Hehe. So beli lar sendiri yer kalau nak tahu.

Mana lagi 2 buku? Hehe. Itu akan disambung ke post yang seterusnya. Nantikan.

SHARING IS CARING

p/s : Sebenarnya jalan-jalan cari buku tadi nak cari buku saudara Julmazli. Mungkin xde rezeki nak jumpa buku dia. Beli buku orang lain dulu. Hehe.

Advertisements
Comments
  1. Assalamualaikum

    Terima kasih kerana sudi membaca buku tulisan saya. Saya gembira dan terharu!

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s