Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.

Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”. Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.

Mengapa saya katakan program reseller ini adalah sebuah program skim cepat kaya?

Ramai yang terkeliru dan mengatakan program reseller ini adalah sama seperti program affiliate, tetapi hakikatnya tidak.

1) Program reseller berbilang tingkat, duit yang diperolehi akan digunakan untuk membayar orang atas yang bertingkat-tingkat. Berbeza dengan program affiliate, maksimun hanyalah 2 level sahaja.

2) Ahli yang ingin dapat komisyen, perlulah menjadi ahli berbayar. Berbeza dengan program affiliate, ahli tidak perlu membayar/membeli produk untuk memperolehi komisyen mereka.

3) Produk sampah, produk yang ditawarkan pula hanyalah produk-produk yang tidak berkualiti. Ianya wujud hanyalah untuk mengelirukan dan menutup hakikat sebenar skim piramid yang mereka anjurkan. Ini kerana, jika anda mengkaji asal usul skim piramid, pada asalnya skim piramid hanyalah melibatkan wang, tiada sebarang produk yang terlibat. Namun begitu, pada hari ini, penganjur2 skim piramid ini sudah sedikit bijak, kini, mereka menggunakan “produk” di dalam urusniaga mereka.. ianya hanyalah sebagai alasan untuk mereka mengatakan, kononnya mereka bukanlah penganjur skim cepat kaya.. sebabnya, mereka ada produk. “Wang yang dibayar oleh ahli adalah untuk membeli produk”.. kata mereka.. hakikatnya.. produk tersebut hanyalah sampah dan langsung tidak bernilai. Ianya lebih bermotifkan wang (itulah tulang belakang skim piramid).

Program reseller juga tidak akan bertahan lama, malahan ianya juga merugikan ramai orang.

Ini kerana program reseller menggunapakai konsep skim piramid sebagai “model bisnes” mereka. Dan seperti yang diketahui, skim piramid adalah merupakan satu program yang rapuh dan tidak akan bertahan lama. Mengapa skim piramid tidak bertahan lama?

Kerana model skim piramid mempunyai kekangan dan ianya bergantung kepada bilangan manusia. Anda boleh lihat bagaimana program reseller/skim piramid yang menggunapakai “5 orang bawah” sebagai orang bawah akan menjadi tepu pada suatu hari nanti.

Gambarajah berikut menunjukkan, skim piramid akan tepu pada peringkat ke 13, ini kerana, pada peringkat ke-13, bilangan orang yang diperlukan untuk menyertai skim tersebut adalah bersamaan dengan bilangan penduduk dunia. Selepas itu, jika mahu cari orang lain untuk sertai program tersebut, ahli-ahli di level ke-13, perlu mencari lembu, katak, monyet dan alien sebagai orang bawah mereka. Jika mereka tidak berjaya mencari orang bawah.. mereka akan rugi!.

Hakikatnya.. lembu, katak dan monyet tidak boleh menyertai mereka!. maka.. jadilah mereka orang-orang yang rugi!. Duit dah bayar jadi ahli.. tapi satu sen pun tak dapat (sebab dah tak ada orang di dunia ini yang boleh daftar dibawah mereka)

Sekarang kita lihat semula program reseller, program reseller yang sering kita jumpa pada hari ini pula kebanyakkannya adalah website yang berbahasa melayu. Secara logiknya, ianya hanyalah ditargetkan kepada orang-orang malaysia.

Dan tahukah anda? berapakah bilangan penduduk malaysia?.. Ianya adalah 24 juta orang.

Dan memandangkan program reseller ini adalah merupakan sebuah website, maka, potensi marketnya hanyalah orang-orang yang masuk internet sahaja bukan? Jadi kini.. berapakah pula bilangan penduduk malaysia yang mempunyai akses ke internet? Ianya.. adalah 4 juta.

Sekarang mari kita lihat pula gambarajah piramid di atas.
Katakanlah jika semua orang yang masuk internet di malaysia ini menyertai program reseller tersebut. Maka, program tersebut akan mula menjadi tepu apabila memasuki level ke -9.

Pada level tersebut, seramai lebih kurang 3.8 juta orang akanmengalami masalah untuk mendapatkan orang bawah. Sekali lagi, lembu, katak dan monyet tidak boleh diajak untuk menjadi “orang bawah” mereka. Kesimpulannya.. rugilah mereka.! Hangus duit yuran sebanyak RM10-RM50 yang dibayar untuk menjadi ahli.

Hakikat sebenar!

Hakikat yang sebenarnya, dari 4 juta rakyat malaysia yang online, setelah ditolak budak-budak yang hanya tahu main games di internet dan juga pakcik-makcik yang hanya sebulan sekali masuk internet untuk check resepi kuih raya. Bakinya hanyalah sekitar 2 juta orang.

Dan dari 2 juta orang itu pula, tidak ramai sebenarnya rakyat malaysia yang “bodoh” untuk menyertai program reseller ini. Dari permerhatian saya terhadap program-program reseller ini sebelum ini, saya mendapati, bilangan mangsa yang paling ramai sesebuah program reseller dapat tipu untuk menyertai program mereka ialah sekitar 1-2 ribu orang sahaja. Pendek kata, program mereka ini akan mengalami masalah kekurangan mangsa dan akan menjadi tepu pada level ke-4 atau ke-5. Dan ini, menyebabkan, hanya 36 orang sahaja (pada level 1-2) yang sempat dapat untung . Baki seribu ahli yang lain? Terlopong dan ternganga sahajalah jawapnya..

Tak percaya? Tanyalah mereka yang “kononnya” dapat beratus-ratus RM (ratus2 je.. bukannya puluh ribu pun! oh!) dari program reseller ini.. tanya mereka, mereka ahli no berapa? Kemudian, tanya pula ahli yang ke 100 atau 300, berapa RM yang meraka dapat? Pasti mereka segan nak cakap.. oh!

Kesimpulan..

Lengkapkanlah diri anda dengan ilmu supaya tidak mudah tertipu dan menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jauhilah program-program mengarut seperti program reseller ini. Banyakan membaca dan banyakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif jika anda kurang pasti mengenai sesuatu itu. Sekian, selamat maju jaya!.

p/s:- Mungkin artikel ini akan menimbulkan sedikit kontroversi. Pasti ramai yang tidak akan berpuas hati.. tapi bagi saya.. ianya adalah perkara biasa. Ianya mengingatkan saya semula sewaktu zaman program autosurf, hyip dan siwisscash suatu masa dahulu. Ramai yang tidak berpuas hati apabila saya meneluarkan artikel dan mengatakan semua program itu adalah program skim cepat kaya dan piramid. Kita tunggu dan lihat.. masa akan menentukan…

Artikel ini ditulis oleh MohdSuhaimy.com dan anda dibenarkan untuk mengcopy paste keseluruhan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian.

p/s/s:- Dapatkan ebook panduan jualan disini. Ianya PERCUMA untuk anda!!!

Advertisements
Comments
  1. oh..ilmu dimana kamu huhu…

  2. peyoh says:

    begitu menarik info ini. tanks

  3. NwarUJ says:

    Satu lagi program bodoh yg biasa org terkena iaitu CLICK EMAIL atau IKLAN DAPAT DUIT.Biasanya program ini ditawarkan oleh web asing.Makllumlah dibayar satu iklan USD100, USD50…dah tu kali kali dgn RM tak ke hantuk kepala kat sinki bilik air..kalau BETUL2 dapat..Akhirnya yg perolehnya hanyalah buang masa,tenaga,bil elektrik..Dia org sampai kiamat pun tak bayar..nak tahu program ini ialah SCAM lawati http://www.GPTBoycoot.com anda akan tengok berpuluh2 program BODOH ini akan dipaparkan

  4. baik tuan..segala ilmu akan kami cuba pelajari 🙂

  5. wansukri says:

    salam, kawan sekelas ni…ye betul bro..saya setuju betul…emailku hari2 masuk program sampah ni…tapi yang heran…ramai pula yang join…kenapalah jadi begini, pelajari cara usahawan yang sebenar. Sekarang timbul pula dengan produk digital dan softwere…padahal benda tu boleh dapat secara percuma je di internet…hancur program reseller yang sebenar dengan program sampah ni…

  6. mhnizam says:

    program reseller sememangnya telah menghantui kita sejak dari dulu dan nmpknya tidak ada tindakan dilakukan terhadap mereka yang berkenaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s